Minggu Orientasi UKM

Minggu Orientasi UKM



Assalamualaikum semua. Okaylah entri kali ni Aina nak cerita pasal minggu orientasi dekat UKM .Dan sementara masa masih boleh main buang buang ini . Aina suka tapi penat dia kalau boleh lepas habis orientasi itu, nak tidur sampai seminggu. Pada awalnya kita akan daftar lah pagi tu, pendaftaran ikut negeri, kalau dekat dekat Selangor, KL, dan yang sewaktu dengannya akan daftar after zohor untuk bagi peluang untuk yang duduk jauh daftar dulu. Untuk elak kesesakan pun ya juga sebab UKM bukan besar mana tempat parking dia.


Haa lepas daftar dekat kolej kediaman memasing, kemas barang dalam bilik, hee (gelak jahat) bermulalah mimpi ngeri yang rasa macam teruk sangat tu, padahal okay je. Tak tahu lah kalau Kolej Ungku Omar je sbb MEP and PC kami baik baik, suka lepaskan kami awal untuk masuk tidur. Pengisian dia macam biasalah, ada talk, ada aktiviti, paling tak tahan, pergi dectar, pergi fakulti semua jalan kaki.Kolej Ungku Omar duduknya di jalan utama so bayangkan jelah azabnya dengan mengantuk kene naik tangga yang hrmm, siapa pernah lalu je tahu apa rasanya. Tapi, bagus juga sebenarnya, kita akan tahu jalan dalam UKM, jadi tiada lah sesat masa nak pergi kelas ke. Tapi satu benda je Aina rasa seronok duduk Ungku Omar, bila sampai bilik, pemandangan luar tingkap tu hijau je. Keliling kolej kami ni hutan so memang tenanglah kan. Cumanya monyet tu benda biasa kat sini. So kalau dapat Kolej Ungku Omar, korang kene biasakan diri dengan monyet. HAHA. Aina dah lalui dah. Sekarang dah tak hairan dah.


Masa orientasi ni la kita kena pandai bawa diri, masa ni jugaklah nak kenal kawan. PC dan MEP akan terangkan banyak benda masa ini. Sign up utk i folio dan smp web tu memang wajib buat. Tak daftar benda ini, memang masalah besar lah nanti. Kalau ada masalah nak mendaftar, jangan nak ego berlagak tak nak tanya dgn MEP dan PC. Nanti anda yang susah tak tentu pasal. Lagi satu nak pesan, bawa tudung putih biar lebih sebab anda tak dibenarkan pakai shawl dan yang sewaktu dengannya. Cuma tudung bawal putih sahaja dibenarkan. Dress code untuk masuk DECTAR masa minggu orientasi ialah baju kurung BIRU, tudung bawal PUTIH, shawl MERAH (akan disediakan oleh pihak UKM), kasut bertutup warna HITAM. Shawl itu ada cara ikatan dia, akan diajar oleh MEP dan PC kolej masing masing nanti.
Majlis Angkat Sumpah Pelajar UKM

Ni lah DECTAR

Tentatif harian Minggu Orientasi





Bahagian paling seronok adalah Perang Dectar. Anda akan lawan cheers sesama kolej dalam UKM. Kolej mana yang bertahan paling lama , adalah juara. Daya ketahanan dia mungkin perlu bertahan sampai 4 ke 5 pagi untuk menang perang yang satu ni. Inii merupakan tradisi kami pelajar UKM. Jadi, yang mana nak masuk UKM, bersiap sedia. Pada yang akan masuk Kolej Ungku Omar, tahniah diucapkan. Boleh lah jumpa Aina bebila dekat sana.

Rasanya sampai sini je nak bebel hari ini, nanti update lagi cara hidup student dekat UKM eh. Harap bawak bersabar tunggu entri seterusnya. Apa apa pertanyaan boleh terus tulis dekat bahagian komen ya rakyat jelata sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Comments

Popular Posts