Nostalgia di KUO
Assalammualaikum, satu kolej yang terdapat di UKM ataupun nama penuh ia Kolej Ungku Omar
Jom sambung pasal KUO ni.3 minggu lepas kira hari pertama la aku menjelajah ke kolej lain. Anda mesti nak tahu kenapa saya pilih KUO? Jawapan dia sebab kolej ni adalah antara kolej yang paling dekat fakulti saya kira-kira 140 meter je untuk ke Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan. Habis sahaja tamat kelas saya hari Isnin pukul 2, saya terus ke KUO dengar orang cerita makanan sini murah, internet pun laju ,bilik besar siap ada almari tinggi dan seterusnya.
20 minit pun berlalu~~maka bermulalah detik-detik hari pertama saya di Kolej Ungku Omar ni. Saya pun pergi la jalan nak letak beg dekat bilik kawan saya. Kawan saya ini artis jadi masa jalan orang tegur. Lepas 3 minit kami pun sampai, artis ini terus ambil kunci dia dan terus buka, maka cahaya mula menyinari apabila pintu mula dibuka. Reaksi saya waktu tu agak gila juga la.Mahu taknya bilik berlantaikan tiles ,besar 2 kali ganda daripada bilik aku ,katil pun besar siap dekat bawah ada laci lagi nak simpan barang, almari baju yang tinggi. Yang paling seronok dekat hujung katil ada wayar untuk internet.
Masa nak tunggu muat turun ,artis pun ajak pergi surau, saya pun okay sahaja sebab saya pun tak solat zohor lagi. Dia terus keluar bilik saya ingat dia pergi surau saya pun kalut kemas barang terus keluar bilik dan kunci pintu.Tengok-tengok dia pergi tandas sahaja, habis gelabah la kawan dah kunci semua tertinggal dekat dalam bilik. Nak tunggu roomate dia memang tak la sebab roomate dia pun habis kelas petang ada lagi 3 jam la kalau nak tunggu. Kami pu buat keputusan untuk pergi ambil kunci pendua dekat pejabat walaupun terpaksa kena bayar. Tapi malang tidak berbau, pejabat tidak ada kunci pendua. Saya pun apa lagi lepas bincang dengan artis kami pun berbincang nak buka cermin tingkap bilik. Lama juga la nak buat keluar cermin ni, lepas 15 minit dapat tarik 2 cermin, mari cermin ke 3 jem tak boleh nak buat tarik. Saya pun tawakal je harap badan saya ni lepas la nak masuk kedalam bilik melalui cermin tingkap. Cuba punya cuba lepas juga saya masuk ke dalam. Tanpa cerita panjang saya terus buka pintu bilik. Tapi nampaknya pengalaman hitam saya tak berakhir disitu , saya cuba nak pasang balik cermin yang ditanggalkan, tiba-tiba mangga kunci terlepas dari tangan saya, habis pecah cermin,j adi lah seni arkitekture yang hebat hehe
Kawan apa lagi menjerit la tapi nasib baik dia ok, saya hanya mampu minta maaf sahaja. Jam pun dah tunjukkan hampir pukul 4,so cepat cepat selotep cermin tu kemudia letak balik dekat tempat asal sebab tak solat zohor lagi. Saya pun bergegas la pergi ambil haus tapak dia, jatuh berderek-derek saya memang sakit waktu itu, Sekian.
Comments
Post a Comment