Payung Merah UKM
Apa itu payung merah? Payung merah merupakan suatu kelebihan yang terdapat dalam diri anda tetapi tiada pada orang lain. Kenapa ia dipanggil payung merah? Ini kerana jika kita dikelilingi oleh orang ramai dan semua yang berada di situ semuanya memegang payung hitam dan hanya seorang sahaja yang memegang payung merah, bagi anda siapakah yang paling menyerlah? Sudah tentu orang yang memegang payung merah.
Begitu juga di UKM ini, jika seorang pelajar menonjolkan diri dan menyerlahkan bakat yang ada di hadapan khalayak ramai, sudah tentu anda yang paling menyerlah dan memberi inspirasi kepada orang ramai. Semasa minggu MMM, ramai pensyarah yang turut hadir memeriahkan majlis di DECTAR dan pada hari tersebutlah kami diterangkan dengan jelas apa itu payung merah.
Payung merah inilah yang membakar semangat kami agar terus berusaha dalam apa jua bidang dan berjanji akan menjadi kebanggaan UKM. In Sya Allah
Comments
Post a Comment