UKM

Varsiti Kita Lihat Kampusku yang tenang
 Damainya alam ciptaan tuhan 
Paduan ilmu dan keimanan 
Amal dan jerih digabungkan 
Lautan ilmu kita harumkan
Sumber ilmuan berkembangan 
Inilah Varsiti Kita Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua 
Bagai tanda perjuangan kita 
Bangun berbakti membela 
Memupuk insan jiwa bertakwa 
Memimpin manusia semua 
Kenal akan adat unggulnya 
Membina negara senantiasa 
Maju berilmu dan bahagia 

Lirik dekat atas itu lirik lagu UKM. Saya pun  tak hafal lagu itu. Yela kalau kat sekolah lagu sekolah tu tiap tiap pagi kita kena nyanyi tapi dekat UKM tak lah pula semua pelajar kena beratur menyanyi sebelum pergi kelas. Jadi, jangan kata saya seba ramai lagi pelajar UKM yang tak tahu dan tak ingat lirik lagu ini. 

1. Jadual belajar tak padat - Bila masuk U, jadual kelas  tak sepadat waktu sekolah dulu. Kalau ada kelas, adalah. Kalau tak takdalah. Lain macam sekolah. Pukul 7 dah kena pergi. Balik pula pukul 2. Kadang-kadang sampai pukul 6. Itulah seronok duduk U ini. Nasib baik saya dapat UKM. 

2. Pemandangan dekat UKM agak cantik - UKM memang tempat yang sesuai sangat nak belajar. Dikelilingi hutan dan jauh pula daripada kesibukan bandar. Kalau nak compare dengan UM dekat tengah-tengah bandar UKM lagi best. Yelah suasana macam tu sesuai nak belajar. Walaupun banyak monyet tapi tak kisahlah. Janji dapat menghirup udara yang segar kat hutan-hutan ini. Lagi satu nak kata hutan sangat macam UUM tu takda lah. Dekat UUM nak pergi bandar Alor Setar itu pun berjam-jam tapi dekat UKM nak kata hutan sangat tak juga nak kata bandar sangat pun tak. Tengah-tengah. Itu yang seronok. Bandar pun dekat. Kajang, Bangi, Putrajaya. Lagi satu saya ada kawan belajar dekat UMS. UMS ini U paling cantik dekat Asia Tenggara sebab menghadap laut tapi masalahnya kat Sabah. Mampu nak ulang alik balik semenanjung ? Kalau orang kaya takpa. Kawan aku itu dah dua tahun tak balik semenanjung. Kesian dia. Cantik UMS pun rasa takde maknanya juga kalau tak dapat balik kampung halaman lagi-lagi waktu raya. Kesian. Nasib baik saya dapat UKM.

3. Yuran boleh tahan - Kalau cakap pasal yuran memang kadang-kadang saya naik angin juga.Tapi bila fikir balik kalau nak bandingkan dengan UM, yuran UKM jauh lagi murah. Kawan saya yang belajar dekat UM itu cakap, yuran kolej sahaja dah RM1000 lebih. Belum masuk lagi yuran pengajian. Dengan duit PTPTN yang sikit itu saya rasa berbaloi. Kalau dekat UM memang tak boleh hidup kalau bergantung duit PTPTN sahaja. Macam dekat UKM kadang-kadang tak cukup PTPTN saya ini tapi saya rasa boleh hidup tanpa saya kerja. Nasib baik saya dapat UKM... 

4. Masalah duduk kolej tak timbul - Masalah duduk dalam kolej tak timbul langsung bila dekat UKM ni. Cuma masalah duduk kolej mahal dan  murah sahaja jadi isu. Kalau nak banding dengan UiTM, dah lah susah nak duduk kolej, lepas itu kena aktif kalau nak duduk kolej. Itu pun belum tentu lagi dapat duduk kolej ke tak. Murah memang lah murah tapi bila dah duduk luar kena bayar mahal juga. Tapi benda itu tak berlaku dekat UKM. 

5. Kemudahan boleh tahan - Kemudahan intenet contohnya memang jadi masalah dekat UKM tapi itu pun tak jadi hal. Walaupun lembap macam tapi sekurang kurangnya sampai juga dekat bilik saya. Boleh buka macam-macam FB, Youtube dan lain-lain. Tapi bila saya tanya adik saya dekat UITM dan kawan saya dekat USM, dah lah intenet tak dapat (uitm) Youtube pulak kena sekat (USM). Lagi-lagi Youtube. Nasib baik lah UKM tak macam itu. Nak sekat itu nak sekat ini. Nasib baik saya dapat UKM. Semua di atas tiu saya bandingkan dengan U lain sebab bak menunjukkan betapa bertuahnya duduk UKM. Tapi saya tak tahu lah kalau duduk U yang saya tak sebut dan bandingkan macam UPM ke UTM ke macam mana tapi saya rasa mesti tak boleh lawan UKM juga. Masing-masing ada pendapat sendiri dengan U masing-masing tapi saya post benda ini pun sebab saya tanya kawan dan adik saya yang belajar dekat UM, USM, UITM, UUM. Sekian

Comments

Popular Posts